Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

1 Juta Baju Merah Untuk Lawan Bersih Oktober Ini - Jamal Md Yunos

30 Ogo 2015


SABAK BERNAM, 30 Ogos - Untuk membuktikan keupayaan Datuk Seri Najib Razak dapat mengumpulkan lebih dari apa yang dapat dikumpulkan oleh Bersih 4,  Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berkata beliau akan mengumpulkan satu juta orang untuk berhimpun bagi menunjukkan sokongan terhadap Perdana Menteri di Kuala Lumpur pada 10 Oktober ini.

Datuk Jamal Md Yunos memberitahu di dalam satu sidang media bahawa dia sangat yakin dapat mengatasi jumlah mereka yang berkumpul di Dataran Merdeka bagi bersih 4.

"Kami telah memilih 10 Oktober untuk perhimpunan kami. Kami akan berkumpul di Low Yat, Bukti Bintang dan 1 juta 'Baju Merah' akan turun bagi menunjukkan sokongan terhadap Najib", kata Jamal memetik laporan TheMalaymailOnline.

"Ini akan menunjukkan bahawa Perdana Menteri juga mempunyai ramai penyokong", tambahnya.

Puluhan ribu orang ramai berkumpul di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini bagi menggesa Najib meletak jawatan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "