Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tiada Tindakan Kepada BERSIH 4.0 Ketika Ini Bukan Bermakna Mereka Terlepas - Zahid

30 Ogo 2015
No Comment


Ipoh: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan tiadan tindakan daripada pihak berkuasa terhadap penganjur dan peserta perhimpunan Bersih 4 ketika ini bukan bermakna mereka akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Beliua yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri berkaran mereka yang terlibat dalam perhimpunan haram itu akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang sedia ada.

"Walaupun tiada tindakan diambil ketika perhimpunan haram berkenaan berlangsung, ia tidak bermakna pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya berdiam diri."

"Setakat ini tiada tangkapan dilakukan, namun jika PDRM tidak ambil langkah pencegahan ketika perhimpunan berlangsung, ia tidak bermakna pihak berkuasa lepas tangan.

"PDRM boleh ambil tindakan walaupun selepas perhimpunan haram itu diadakan dan kita pantau siapa tokoh dibelakang perhimpunan ini... kita juga mengikuti setiap patah ucapan mereka... kita tahu apa tindakan mereka," katanya dipetik dari Harian Metro selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ipoh Timur, di bangunan UMNO Perak di sini, hari ini.

Zahid menegaskan yang pihaknya tidak memberikan amaran tetapi bagaimanapun sudah kuasa penuh kepada PDRM untuk mengambil tindakan sewajarnya.

"Bagi mereka yang dikenakan tindakan kelak, kita tidak menzalimi mereka tetapi mereka yang menzalimi diri sendiri," katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "