Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ketua Polis KL Puji Sikap Peserta Bersih 4

30 Ogo 2015

Sikap peserta-peserta Bersih 4 mendapat pujian dari Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa yang menyifatkan mereka berdisiplin dan mematuhi arahan pihak berkuasa supaya tidak masuk ke Dataran Merdeka termasuk membuat sebarang kekacauan.

Memetik laporan dari MalaysiaKini, beliau berkata keadaan masih terkawal tanpa sebarang tangkapan dilakukan terhadap peserta perhimpunan tersebut di Kuala Lumpur.

"Setakat ini okay. Peserta ramai dan keadaan terkawal. Peserta BERSIH dilihat berdisiplin dan patuh pada arahan.

"Tidak ada sebarang tangkapan di Kuala Lumpur," katanya.

Katanya, bilangan polis yang dikerahkan bagi mengawal sebahagian kawasan di Kuala Lumpur masih mencukupi.

"Kita dah rancang dan memang anggota yang mengawal mencukupi," katanya sambil menganggarkan seramai 26,000 peserta turun ke jalan raya masuk hari kedua hari ini.," kata beliau. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "