Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(3 Video )Tun M Perjelas Kenapa Dia Sertai Bersih Kali Ini

30 Ogo 2015


Tun Dr Mahathir di dalam satu video memperjelaskan sebab kenapa beliau menyertai bersih pada kali ini.

Menjawab soalan dari wartawan beliau menegaskan dulu perhimpunan seumpanan ini tidak perlu.

"Dulu tak perlu. Dulu ada undang-undang.

"Kita buat laporan polis, polis ambil tindakan, AG (Ketua Hakim Negara) ambil tindakan.

"Tapi sekarang ni, buat laporan polis, polis tak boleh ambil tindakan pasal (sebab) Najib tak bagi. AG kena buang.

"Sebab itu saya terpaksa sertai perhimpunan seumpama ini.

Selain itu, beliau juga menjelaskan beliau belum pernah menyertai mana-mana demonstrasi atau perhimpunan sebelum ini.


Di dalam dua video berlainan, Mahathir juga turut menggesa agar semua pihak tidak menyokong Najib selain menyatakan Najib tidak berani meletak jawatan kerana takut ke penjara. - Siakapkeli.my




Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "