Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

15 Makanan 'Street Food' Unik Dan Halal Korang Mesti Cuba Sekiranya Bercuti Ke Xi'an, China

22 Mac 2018


Xi'an adalah ibu negeri wilayah barat Shanxi di China, bukan saja daripada bandaraya tertua di China tetapi juga sebagai tempat bermulanya 'Laluan Sutera' yang membawa pedagang dari Barat sejak dulu.

Hari ini, bandaraya bersejarah ini menjadi tempat kediaman 50,000 orang keturunan pedagang Islam yang pernah menyusuri laluan bersejarah ini, bersama hampir 20,000 daripada mereka menetap di di satu kawasan dikenali sebagai Huimin Jie atau 'Jalan Orang Islam' dalam dialek Cina tempatan.

Walaupun begitu, sebelum anda bercuti ke China, pasti tercari-cari apakah makanan yang perlu dicuba dan mula runsing, halal ke makanan disana?



Jika anda mencari 'Street Food' halal, mari ikuti perkongsian daripada Muhammad Wafi Bin Mansor yang berkongsi pengalamannya bercuti di sana baru-baru ini serta meneroka pelbagai makanan unik dan paling penting halal mesti cuba! Jom baca perkongsian daripada Wafi seperti dibawah.

15 Hidangan 'Street Food' Unik Dan Halal Mesti Anda Cuba Sekiranya Ke Xi'an, China

Xi'an mungkin bukanlah suatu destinasi pelancongan yang popular berbanding destinasi lain sekitar Asia, namum di sebalik sejarah purba tentera Terracotta, satu lagi keunikan lain yang terdapat di sini adalah tentang keunikan makanan tempatan dari komuniti islam Hui di tengah-tengah kota Xi'an.

Daripada beribu-ribu jenis makanan yang terdapat di sekitar Muslim Street, di sini kami telah 'list down' 15 daripadanya sebagai motivasi bagi mereka yang merancang ke sana suatu hari nanti.

(Sila rujuk gambar beserta penerangan yang diberikan untuk maklumat yang lebih jelas)

Alhamdulillah trip memburu makanan jalanan kali ini disertai oleh rakan sekolah rendah iaitu Mohd Fadley Abas dan Amirul Aziz.

Nota kaki :-
4 hari di sini benar-benar merubah persepsi awal kami terhadap rakyat tanah besar China. Komuniti Xi'an sangat ramah, baik dan keaadan bandarnya boleh dikira sangat bersih. Hanya masalah bahasa yang kami hadapi di sini.

#1 Kao Rou - daging kambing yang diperap bersama rempah ratus dan dibakar sehingga garing di bahagian luar. Isi daging sangat lembut dan adunan rempah benar- benar memberi rasa sekata pada keenakan daging.



#2 Kao You Yu - Sotong bakar pedas adalah antara hidangan yang popular di sekitar Muslim Street. Secucuk sotong bakar ini adalah sekitar RMB 20. Anda pasti teruja ketika menikmatinya kerana bagi kami, 'janggut' sotong ini sangat lembut dan agak berjus.



#3 Jiang Zhu Ti - Ini adalah antara hidangan yang agak unik bagi kami di mana kaki kambing yang direbus bersama rempah ratus, dihidangkan bersama sedikit kuah sebelum dijamah. Kami sempat mencuba hidangan ini hanya sekali dengan harga RMB 15 untuk seketul kaki kambing. Sangat berbaloi untuk dicuba.



#4 Qie Gao - Hidangan ini adalah manisan pencuci mulut yang diperbuat dari pelbagai warna seperti kuning, hijau, unggu dan lain-lain. Pada pemahaman kami, hidangan ini adalah tidak lain dari sepotong pulut tawar yang dimakan dengan cara mencicah atau menyiram air gula. Hidangan ini agak murah dalam anggaran RMB 5 secucuk.



#5 Shi Zi Bing - Pandangan awal kami menyangkakan, kuih ini mempunyai ciri seakan sama dengan cucur badak di Malaysia. Hasil cubaan mendapati, kulit kuih ini mempunyai rasa seakan keledek. Manakala intinya adalah dari pelbagai jenis manisan. Ada juga orang tempatan yang memberitahu, kulit kuih ini dibuat dari adunan isi pisang kaki dan tepung. Harga sekitar RMB 10 bagi setiap 3 biji kuih.




#6 Chou Dou Fu - Tau Fu 'Longkang' adalah tau fu yang sangat busuk. Ya, kami teragak-agak untuk mencuba kerana baunya yang sangat busuk dapat dihidu sejauh 10 - 15 meter dari gerai yang menjual tau fu ini. Kami pernah mendengar tentang makanan ini suatu masa dahulu di Malaysia, jadi kami tidak mahu melepaskan peluang untuk mencuba. Walaupun sangat berbau tapi rasanya sangat sedap dengan tekstur luaranya yang rangup. Sedap dengan erti kata sekiranya anda mampu abaikan bau yang kurang menyenangkan itu.



#7 Chai He - Rasanya seakan-akan murtabak dengan inti sayur yang digunakan adalah berbentuk seperti daun bawang. Tapi awas, mulut kami menjadi kebas beberapa minit selepas mencuba hidangan ini mungkin kerana kesan sayur itu yang rasa sedikit 'berangin'.



#8 Yang Yu Cha Cha - Sangat sedap! Ubi kentang mini yang digoreng bersama rempah ratus ini sangat menyelerakan apabila dimakan panas-panas ketika hari sejuk. Semanguk ini dijual dengan harga RMB 10.



#9 Yan Rou Pao Mo - Ini adalah hidangan yang wajib dicuba. Sup kambing dimakan bersama cebisan roti keras adalah antara makanan utama komuniti di sini. Semangkuk RMB 32 ini bersamaan hidangan untuk 2 orang bagi kumpulan kami. Sedap dan mengenyangkan.



#10 Suan Mei Tang - Teh herba yang dihidang panas ketika cuaca sejuk sangat- sangat menyegarkan. Teh ini diperbuat dari rebusan buah pir, jujuba dan beberapa herba cina lain. Sangat disarankan untuk mencuba.



#11 Suan Nai - Hanya satu perkataan dari peminat yogurt seperti kami, 'Wow'. Rasa yogurt yang sangat natural, cukup rasa masam dan ianya kurang manis. Kami berulang kali membeli dengan harga sekitar RMB 8.



#12 You Gao - Kuih ini rasanya seakan kuih bom di Malaysia tapi ianya agak rangup. Di tengah kuih ini adalah ruang kosong kerana ianya mengembang ketika digoreng. Inti manisan meliputi ruang dalam kulit kuih ini.



#13 Rou Jia Mo - Burger tradisi Xi'an yang sangat sedap dan wajib dicuba. Daging kambing yang diracik kecil diapit bersama kepingan roti tradisi ini adalah antara hidangan paling popular di Xi'an.



#14 Jing Gao - Sejenis kuih pulut manis yang diselaputi kacang tumbuk. Aroma kacang yang kuat menambah rasa kepada pencuci mulut ini. Kuih ini dimakan bersama gula cair seakan-akan rasa seperti gula melaka.



#15 Tie Ban Dou Fu - Tau fu goreng berlada ini adalah antara hidangan popular lain sekitar Muslim Street. Harga sekitar RMB 10 semangkuk sudah cukup mengenyangkan.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam
  2. Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
    Kontak bbm 5ee80afe

    BalasPadam
  3. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    BalasPadam
  4. All foods look so delicious. My saliva is start to drooling out.

    Just Unique

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "