Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jika TPPA Ditandatangani, Semua Kereta Keluaran Negara Sertai TPPA Akan Turun Harga - Mustapa Mohamed

5 Nov 2015
No Comment


Pengeluar kereta tempatan, Proton perlu bersaing dengan pengelaur kereta antarabangsa yang menyertai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) kerana harga kereta keluaran negara yang menyertai perjanjian tersebut akan turun sebanyak 30 peratus.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sebagai contoh, kereta keluaran Amerika Syarikat (AS) akan mengalami penurunan cukai berperingkat sehingga 30% dalam tempoh 12 tahun perjanjian itu ditandatangani dan ia memadai untuk Proton melakukan pengubahsuaian berhubung perkara itu.

"Contohnya kereta pasang siap (CBU) dari AS, duti import ketika ini 30%. Dalam TPPA, kita berunding untuk kurangkan duti import menjadi 0%."

 "Sekarang, kereta Thailand tidak membayar duti import, tetapi bagi Australia dengan Jepun, bermula 1 Januari, 2016 akan masuk Malaysia tanpa duti.

"Kita ada perjanjian bilateral dengan kedua-dua negara. Perjanjian bilateral ini mengatasi TPPA.

"Kita berpendapat, jangka masa 12 tahun memadai untuk Proton 'adjust' supaya dapat bersaing dengan syarikat luar negara."

"Dalam dunia perniagaan, saingan ini kita perlu hadapi. Proton masih hebat, walaupun 'market sharenya' mungkin ada perubahan.

"Sepatutnya Proton akan terus dapat beroperasi, tapi mungkin mereka akan hadapi tekanan," katanya dipetik The Malaysian Insider ketika penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikin bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen (PAS) Bukit Gantang, YB Idris Ahmad yang bertanya sama ada Proton terpaksa menutup operasinya jika gagal bersaing dengan pengeluar syarikat antarabangsa.

Menurut beliau lagi, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan kepada vendor Proton sekiranya mereka menghadapi masalah aliran tunai susulan pengenalan TPPA walaupun syarikat itu kini bukan lagi milik kerajaan.

"Kerajaan masih anggap Proton sebagai pengeluar kereta nasional. Kita selalu adakan perbincangan. Kita ada ikatan sentimen yang kuat.

"Ini kereta yang dibina Malaysia dalam tempoh 30 hingga 40 tahun lalu," katanya pula bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Setiawangsa (BN) Datuk Ahmad Fauzi Zahari.

Wakil rakyat BN itu bertanya sama ada Putrajaya akan membantu Proton sekiranya syarikat itu gagal dalam persaingan tersebut.

Beliau turut memberi jaminan, meskipun Putrajaya melaksanakan beberapa dasar terbuka, kepentingan negara masih menjadi keutamaan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "