Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kandungan Teks Kertas Perjanjian TPPA Akan Dihebahkan Dalam Tempoh 24 Jam

5 Nov 2015
No Comment


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menghebahkan kepada umum teks perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dalam tempoh 24 jam melalui portal Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Menteri berkenaan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau akan mengeluarkan satu kenyataan penuh petang ini bagi mengumumkan perkara berkenaan kepada pengetahuan orang ramai.

"Teks ini panjang, mengandungi 30 bab, dan ini akan dihebahkan kerana ia telah dibangkitkan oleh beberapa anggota Parlimen di dewan ini supaya perkara ini dihebahkan, dan kita tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan," katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau juga, teks berkenaan akan diserahkan kepada dua pihak iaitu PricewaterhouseCoopers (PwC) dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) yang sedang membuat kajian Analisis Kos Faedah Perkongsian di mana kajian tersebut katanya dijangka siap dalam tempoh antara dua dan tiga minggu lagi.

"Seperti yang dijanjikan kerajaan, teks perjanjian TPPA ini akan dibincang, dibahas dan dibuat keputusan dalam Parlimen.

"Sehingga kini, kita belum berbincang secara rasmi dengan pihak Speaker, mungkin bulan Januari atau awal Februari tahun depan, tertakluk kepada kelulusan Speaker," kata lagi.

Perjanjian TPPA ini akan ditandatangani oleh 12 buah negara iaitu Brunei, Chile, Singapura, New Zealand, Amerika Syarikat, Australia, Peru, Vietnam, Mexico, Kanada dan Malaysia.

Kesemua negara yang terlibat dalam perjanjian itu mempunyai 800 juta penduduk, dan menyumbang 40 peratus kepada pengeluaran dunia. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "