Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Pulanglah Ke Kampung Jika Tidak Tahan Dengan Tekanan Hidup Di Bandar

5 Nov 2015
One Comment


Jika rakyat tidak tahan dengan tekanan hidup di bandar akibat harga rumah, hospital, masalah gelandangan, kesesakan jalan raya dan lain-lain lagi, rakyat disarankan supaya membuat "Reverse Migration" iaitu pulang ke kampung.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata demikian apabila melihat rakyat kini merungut kerana menghadapi tekanan hidup di bandar.

"Jika mereka mahu pulang ke kampung, saya adalah Menteri Kesejahteraan Bandar yang paling gembira di dunia, pulang ke kampung, besarkan anak di sana," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia di Hotel J.W. Marriot pada Selasa

BACA: Bangun Tidur Awal Pagi Pergi Kerja Untuk Elak Bayar Tol - Menteri

Menurut beliau, jika diikutkan kampung kini sudah maju kerana mempunyai pelbagai kemudahan seperti jalan yang baik dan 'line' telefon 4G. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Tekanan idop kt bandar tu semua angkara korang semua.. k bai.. sebelum berkata kata pikio dlu

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "