Seorang wanita dari China bernama Xiaojiu telah menarik perhatian ramai selepas dia dikatakan telah mencipta sebuah kerusi roda khas untuk kucing kesayangannya yang lumpun untuk berjalan.
Gambar menunjukkan beliau mencipta kerusi roda khas berkenaan untuk kucingnya itu telah tersebar di media sosial di mana dia mendapat pujian ramai masyarakat.
Kerusi khas yang dibina wanita berkenaan mempunyai rangka khas untuk menyokong badan kucingnya yang lumpuh dan roda untuk membolehkan kucingnya bergerak.
Kucing yang dipanggil Guolai itu tinggal bersama pemiliknya di Chongqing ini kini dilihat sudah mampu berjalan dan bergerak dengan bantuan alat tersebut.
Menurut Xiaojiu, dia mencipta alat itu untuk memastikan kaki kucingnya itu kembali kuat dan bagi memberikan harapan untuk kepada Guolai untuk terus hidup sama seperti kucing lain. - Siakapkeli.my