Gadis 16 Tahun 3 Bulan Hilang, Ibu Percaya Dilarikan Lelaki Tidak Dikenali
Kuala Lumpur, 30 Okt: “Saya mengesyaki anak gadis remaja saya yang hilang dari rumah sejak lebih tiga bulan lalu dilarikan lelaki tidak dikenali,” ujar Minsadi Nawi, 56, berkenaan kehilangan anak gadisnya, Siti Nuridana, 16, yang didapati hilang sejak 24 Julai lalu selepas meninggalkan rumah di Kampung Sungai Serai Tambahan, Hulu Langat Selangor.
“Kami hanya sedar Nurdiana melarikan diri selepas tidak pulang ke rumah sehingga jam 9 malam. Kami cuba menghubunginya melalui telefon bimbit, tetapi tidak berhasil.
“Malah, kami juga bertanyakan kepada rakan-rakan sekolahnya, namun mereka memaklumkan tidak mengetahui di mana Nurdiana berada,” katanya memetik laporan dari myMetro.
Selain itu, Minsadi juga turut berkata anaknya itu pernah menghilangkan diri dua kali sebelum ini namun bukan dalam tempoh masa yang lama.
Menurutnya kali pertama Nuridana menghilangkan diri adalah pada Januari lalu selama empat hari kerana mengikut rakannya.
“Saya mengesyaki anak saya itu lari mengikuti teman lelaki. Pelbagai usaha sudah kami lakukan untuk mencarinya kerana bimbang keselamatan diri serta pelajarannya akan terjejas.
“Namun usaha mencari Nurdiana masih menemui jalan buntu. Malah kesihatan isteri saya turut terjejas akibat risaukan nasib Nurdiana,’ katanya.
Minsadi merayu agar orang ramai yang mempunyai maklumat tentang anaknya supaya memaklumkan balai polis berhampiran atau menghubungi nombor telefon 012-6703058. - Siakapkeli.my