Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Sekurang-Kurangnya 15 Penumpang Cedera Selepas Enjin Boeing 767 Dynamic Airways Terbakar

30 Okt 2015
No Comment


FLORIDA: Sebuah pesawat penumpang Boeing 767 Dynamic Airways menghadapi detik cemas selepas enjin pesawat itu terbakar ketika dalam persediaan untuk berlepas.

Dalam kejadian berkenaan sekurang-kurangnya 15 orang dilaporkan cedera namun sehingga kini tiada butiran mengenai mangsa didedahkan.

Pesawat yang dalam persediaan untuk berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Lauderdale, Hollywood di Florida, Amerika Syarikat menuju ke Caracas, Venezuela itu yang membawa 101 orang penumpang dijadualkan berlepas pada pukul 12.45 tengah hari waktu tempatan.

Memetik laporan NBC News, seorang penumpang dilaporkan mengalami melecur teruk dan dikejarkan ke hospital.

Saksi kejadian yang juga penumpang lain menyelamatkan diri menggunakan gelongsor keselamatan untuk turun daripada pesawat.

Pihak bomba yang bergegas ke tempat kejadian berjaya mengawa keadaan dengan memadam api menggunakan menyembur air dan buih untuk mengawal kebakaran.

Kebakaran diparcayai bermula daripada enjin sebelah kiri pesawat namun punca sebenar masih disiasat.

Visual panik itu sempat dirakamkan penumpang dari pesawat lain yang sedang bersedia untuk berlepas. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "