Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pengusaha Bas Express Cadang Kerajaan Naikan Tambang

30 Okt 2015
No Comment


Kuala Lumpur: Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Malaysia (Pembawa) hari ini telah mencadangakan supaya kerajaan menimbang semula kadar tambang bas express dengan mencadangkan kadar tambang dinaikkan sebanyak 20 peratus.

Memetik laporan Harian Metro, menurut Presiden Pembawa, Tajudin Mohd Yunus berkata, kerajaan perlu menaikkan harga tambang memandangkan sudah lapan tahun kadar tambang bas express tidak dinaikkan walaupun kos operasi semakin meningkat.

BACA: Tambang LRT Akan Disemak Semula, Harga Baru Akan Diumum Sebelum 31 Oktober

BACA: [Kenyataan Media] Kadar Terbaru Tol Bagi Beberapa Lebuhraya Mulai 15 Oktober Ini

Beliau berkata demikian dalam surat yang ditujukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri, yang diedarkan kepada media di sini.

Mereka meminta supaya tambang dinaikkan antara RM3 dan RM5 bagi satu perjalanan dan berharap kerajaan menimbang cadangan Pembawa kerana kadar tambang perkhidmatan Transit Aliran Ringan, Keretapi Tanah Melayu Berhad dan tol juga dinaikkan baru-baru ini. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "