Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Kecoh Di KLCC Apabila Beg Pakaian Disangka Bom

31 Okt 2015
No Comment


KUALA LUMPUR: Gara-gara penemuan tiga bungkusan beg yang yang dipercayai mengandungi bom di KLCC membuatkan pengunjung pusat membeli belah berkenaan gempar tengah hari tadi.

Beg berkenaan yang ditemui di bahagian tepi bagunan antara pintu masuk utama Suria KLCC dan pintu masuk Menara 2 KLCC membuatkan orang ramai cemas.

Susulan itu, polis dan sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) bergegas ke lokasi sejurus dimaklumkan mengenai perkara itu.

Anggota UPB lengkap berpakaian kalis letupan dilihat telah memeriksa beg berkenaan dengan melakukan prosedur membabit tekanan bunyi kuat seperti letupan sebelum beredar keluar dari kawasan itu dengan membawa beg berkenaan kira-kira jam 2.30 petang tadi.



Pakar bom berjaya letupkan 2 bijik bom yang diletak di suria klcc sebentar tadi.
Posted by MuahSetapak.com on Saturday, October 31, 2015

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, BBP Keramat dan Unit HAZMAT turut dipanggil pada jam 12.35 tengahari tadi untuk membantu memantau keadaan.

Polis membawa dua bungkusan yang mengandungi beg sandang yang didakwa sebagai 'bom'

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah, sebentar tadi mengesahkan objek yang ditemui itu adalah hanya tiga beg berisi pakaian. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "