Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kementerian Pendidikan Sedang Gubal Larangan Penggunaan Vape Di Sekolah

31 Okt 2015



KUALA NERANG: Satu larangan berhubung penggunaan rokok elektronik atau vape di sekolah sedang dirangka oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama.

Menurut Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, larangan vape tidak jauh beza dengan larangan merokok yang dikuatkuasakan di sekolah sebelum ini.

"Kementerian berharap ibu bapa dapat mengawal anak-anak (tentang penggunaan vape), jika hanya bergantung kepada sekolah sahaja tidak boleh. Jika sekolah dan ibu bapa serta pelajar itu sendiri mempunyai tanggungjawab, maka saya ingat tidak ada masalah," katanya sebagaimana memetik mStar.

Semalam kerajaan memutuskan untuk tidak mengharamkan penggunaan vape meskipun Kementerian Kesihatan sebelum ini menyatakan kebimbangan berhubung penggunaan vape di kalangan masyarakat masa kini. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "