Terengganu Anjur Solat Hajat Pada Jumaat Ini Mohon Keselamatan Pengguna LPT2
HULU TERENGGANU: Bagi memohon keselamatan para pengguna Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2(LPT2), kesemua masjid di Terengganu akan mengadakan solat hajat pada Jumaat ini.
Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, ia akan diadakan selepas solat Jumaat yang juga bertujuan menghindari malapetaka dan bencana banjir.
Memetik Harian Metro, beliau memberitahu ia sebagai sebahagian ikhtiar yang dilakukan rakyat Terengganu kepada Allah SWT.
"Bermacam kejadian berlaku sekarang ini termasuk tragedi di LPT2, tembak menembak dan juga musim banjir yang bakal melanda.
"Begitu juga tragedi yang berlaku di Makkah, seharusnya ia memberi keinsafan kepada kita," katanya. -Siakapkeli.my