Hanya Kerana Tak Kongsi Gambar Anak, Lisa Dan Yusry Dikutuk Oleh Peminat Di Instagram
Barangkali tidak mengambil langkah yang sama dengan artis wanita yang lain yang sering berkongsi gambar anak-anak di laman sosial, Lisa Surihani akhirnya dihentam oleh peminat kerana tidak berbuat demikian.
Di laman Instagramnya, Lisa dituduh seolah-olah tidak gembira mempunyai anaknya, Yahaira Leanne kerana tidak ada gambar dimuatnaik.
Bagaimanapun tuduhan berkenaan segera dinafikan oleh seorang lagi pengikutnya.
Mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa Lisa dan Yusry KRU belum bersedia untuk berkongsi gambar anak mereka kepada tatapan umum. -Siakapkeli.my