Gambar hiasan |
Profesor dari Universiti Zhejian itu, Xie Zoushi, mengeluarkan cadangan tersebut ketika China berdepan dengan jurang jantina yang semakin besar dan lelaki di negara terbabit terdesak mencari wanita untuk dijadikan isteri sehingga menjadikan wanita komoditi berharga.
Menurut Xie Zoushi, lelaki yang berpendapatan tinggi tidak bermasalah untuk mencari isteri. Namun bagi yang berpendapatan rendah, mereka dicadangkan bergabung untuk mencari wanita yang boleh dikongsi sebagai isteri.
Tambah Xie lagi, perkara itu bukan benda baru kerana ia sudah dipraktikkan di beberapa kawasan pendalaman miskin yang mana terdapat adik beradik lelaki berkahwin dengan seorang isteri dan mereka hidup aman damai.
Bagaimanapun, cadangan dari Xie itu mendapat tentangan hebat dari aktivis wanita yang menganggap cadangan tersebut tidak adil dan tidak bermoral.
Xie bagaimanapun mempertahankan cadangannya itu.
“Tolong jangan bercakap soal moral dengan saya. Jika kita terus membiarkan 30 juta lelaki bujang hidup tanpa wanita, mereka tidak mempunyai harapan untuk kehidupan seterusnya dan mungkin beralih kepada kegiatan merogol, membunuh dan keganasan lain,” kata Xie memetik laporan myMetro.
Xie juga mencadangkan beberapa cadangan lain untuk menyelesaikan masalah ini termasuk mendesak masyarakat menerima homoseks dan mengimport wanita dari negara jiran. - Siakapkeli.my