Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Perlis Putuskan Larangan Menari Ketika Berzikir Kerana Bertentangan Dengan Syarak

27 Okt 2015




KANGAR: Perlis menetapkan perbuatan menari untuk berzikir adalah bertentangan dengan syarak.

Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata larangan itu telah diputuskan menerusi mesyuarat ke-29/2015 Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada 24 dan 25 Ogos lalu.

Tegasnya perbuatan itu bertentangan dnegan nas-nas syarak dan tujuan zikir itu.

“Hal ini (menari untuk berzikir) tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah dan generasi al-Salaf al-Soleh. Zikir hendaklah dilakukan dalam keadaan khusyuk dan tenang.

“Nas-nas yang cuba digunakan bagi membolehkan perbuatan itu seperti takwilan dalam ayat 191 surah Ali Imran, kisah Ja’far, peristiwa tarian Habasyah, tamayul oleh beberapa sahabat Nabi Muhammad SAW dan lain-lain telah ditafsirkan secara salah,” katanya.

Kata Asri, pemahaman tentang perbuatan itu telah disalahtafsir.

“Maka seorang muslim hendaklah membezakan antara menari untuk berzikir sebagai ibadat dengan zikir semasa melakukan aktiviti kehidupan. Berzikir semasa melakukan aktiviti yang baik digalakkan,” ujarnya lagi.

Beliau menambah gerakan yang berlaku secara spontan atau tamayul tanpa diniatkan sebagai ibadat semasa berzikir atau membaca Al-Quran atau lain-lain tidak dilarang. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "