Murid Tahun 6 Baru habis UPSR Dirogol
Kegembiraan seorang murid perempuan tahun enam yang baru sahaja selesai menjalani Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak kekal lama apabila dia dikatakan telah dirogol oleh seorang individu yang merupakan guru serta warden asrama sekolahnya.
Memetik laporan Borneo Post, kejadian berkenaan berlaku di Konowit, Sabah membabitkan guru berusia 39 tahun,
Menurut Ketua Polis Daerah Konowit, DSP Ismail Mahmood bahawa pihaknya telah menahan suspek selepas menerima laporan polis dari nenek pelajar perempuan tersebut, baru-baru ini.
“Suspek kini sedang direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan polis. Kes tersebut disebut mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.
Menurut nenek mangsa, beliau sebelum ini berang dengan cerita orang yang mengatakan cucunya itu menjalinkan hubungan cinta dengan guru yang juga merupakan warden di asrama itu.
“Curiga dengan khabar angin itu, wanita warga emas berkenaan telah membawa cucunya untuk menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Sibu dan mendapati terdapat kesan koyak pada alat sulitnya,” katanya..
Pihak polis tidak menafikan wujud jenayah rogol dalam kes tersebut kerana kegagalan guru tersebut mengawal nafsunya.
Kes itu telah dimaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. - Siakapkeli.my
jap jap... mula berita kat PETALING JAYA. pastu kejadian berlaku kat KONOWIT SABAH. buat pemeriksaan kat HOSPITAL SIBU... mmmm mana satu yg sahih ni???
BalasPadam