Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Rakaman Polis Pukul Pelajar Perempuan Kulit Hitam Cetus Kemarahan

28 Okt 2015
No Comment


Seorang polis membelasah seorang pelajar perempuan kulit hitam di dalam bilik darjah telah mencetuskan satu kontoversi baru di Amerika Syarikat apabila video rakaman kejadian telah menjadi viral di laman sosial di negara berkenaan.

Memetik laporan Associated Press, seorang timbalan pegawai Sherif, Ben Fields, didakwa telah mencekik leher pelajar perempuan berkenaan dan menjatuhkannya ke lantai sebelum menyeret sambil menghempas mangsa ke lantai, di jugal mengarahkannya mangsa meletakkan tangan di belakang kepala di Spring Valley High School Richland County, South Carolina.

Kerana tindakannya itu, pihak pendakwaraya kini melarang Fields dari pergi ke mana-mana sekolah di daerah tersebut .

Dalam pada itu, sebuah persatuan ibu bapa yang menggelarkan mereka Persatuan Ibu Bapa Pelajar Kulit Gelap Richland telah menyelar tindakan berkenaan.

Mereka juga menyatakan kekecewaan dengan sikap diskriminasi yang masih diamalkan di sekolah berkenaan berkaitan warna kulit.

Menurut mereka lagi, sebelum ini satu perjumpaan telah diadakan dengan pihak sekolah untuk di mana mereka berjanji akan menyelesaikan masalah disiplin berkaitan remaja kulit hitam di sekolah berkenaan tetapi jika melakukan kesalah, pelajar kulit hitam tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "