Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

JAKIM Arahkan Semua Masjid Seluruh Negara Buat Solat Hajat Untuk Pulihkan Jerebu

22 Okt 2015



KUALA LUMPUR: Sebagai sebahagian usaha untuk memastikan kualiti udara di negara ini kembali pulih, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengarahkan semua masjid di seluruh negara mengadakan solat hajat sebaik sahaja solat Jumaat esok.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha berkata masjid di bawah kelolaan agensi itu digesa mengadakan solat hajat.

"Saya juga memohon kerjasama pihak majlis agama Islam negeri dan jabatan agama Islam negeri agar dapat mengadakan solat hajat di seluruh masjid dan surau di bawah seliaan masing-masing,” katanya.

Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga perkembangan terbaru jam 10 pagi tadi mencatatkan penurunan dengan enam kawasan mencatatkan bacaan sangat tidak sihat melebihi 200, manakala 27 kawasan lagi dengan bacaan tidak sihat iaitu melebihi 100.

Bacaan IPU tertinggi dicatatkan di Seberang Jaya 2, Perai iaitu 280, Bakar Arang, Sungai Petani (252), Kangar (247), USM, Pulau Pinang (244), Langkawi (242) dan Alor Setar (236). -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "