1MDB: Tuduh Speaker Dewan Rakyat, Kit Siang Digantung Dari Hadir Sidang Parlimen Selama 6 Bulan
KUALA LUMPUR: Selepas enggan memohon maaf terhadap Speaker Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang hari ini digantung enam bulan dari menghadiri sidang Dewan Rakyat.
Hal berkenaan diumumkan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee tengah hari tadi selepas Penasihat DAP itu diberi tempoh untuk berbuat demikian selama empat hari.
Kit Siang terdahulu menuduk Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai sengaja mensabotaj siasatan yang dilakukan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selain bersikap diktator.
"Sesuai dengan keputusan ini, saya minta Gelang Patah meninggal dewan," demikian menurut Ronald memetik Antarapos.
Terdahulu Kit Siang menafikan beliau menuduh Pandikar secara sengaja menamatkan siasatan terhadap 1MDB dan tidak akan memohon maaf.
"Saya hormat (keputusan usul ini), saya tidak pernah kata beliau (Tan Sri Pandikar Amin Mulia) sengaja salahguna kuasa dan sabotaj (dalam siasatan terhadap 1MDB) dan dia tidak komplen, tidak boleh (beri) tafsiran yang sewenang-wenangnya, saya tidak tuduh Speakar diktator," katanya.
"Biar (penggantungan) saya jadi pengajaran kepada semua", ujar Kit Siang selepas itu.
Usul berkenaan diajukan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pada pagi tadi sehingga menyebabkan sidang parlimen kecoh. -Siakapkeli.my