Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rita Rudaini Akui Hatinya Tertutup Untuk Bercinta Lagi Selepas Dua Kali Gagal Dalam Perkahwinan

22 Okt 2015




Selepas berdepan dengan kegagalan rumah tangga selama dua kali, pelakon Rita Rudaini mengakui hatinya semakin tertutup rapat untuk mana-mana lelaki.

Malah dia memutuskan untuk tidak lagi berkahwin dalam masa terdekat.

Namun Rita tidak menolak sekiranya Allah SWT menentukan jodohnya pada suatu masa nanti.

“Jujur saya katakan, saya tak nak kahwin lagi. Bukan sebab saya frust atau apa tapi kerana saya sudah penat. Itu sahaja. Lagipun fokus saya sekarang hanyalah untuk membesarkan anak-anak semata-mata kerana kalau saya kahwin pun memang tidak akan ada lelaki yang boleh sayang anak saya seperti anak mereka sendiri”

“Terus-terang hati saya sudah tertutup rapat untuk mana-mana lelaki dan saya memang tak ada hati langsung, hinggakan nak tenguk lelaki pun saya tak lalu. Tapi saya tak berani nak cakaplah. Jika Tuhan kata jodoh saya kena kahwin juga nanti,berserah sajalah,” katanya memetik Rotikaya.

Rita sebelum ini pernah berkahwin dengan pengulas sukan, Akbal Shaari.

Perkahwinan keduanya adalah bersama pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Aidil Zafuan Abd Razak dan mendapat dua orang anak.

Bagaimanapun perkahwinan itu tidak kekal lama dan menyaksikan Rita turun naik mahkamah beberapa kali untuk menyelesaikan tuntutan penceraianya. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "