Hilang Sebahagian Jari Kanan Selepas Mercun Bola Meletup Di Genggaman
ALOR GAJAH: Malang tidak berbau kepada seorang warga emas di sini apabila mercun bola yang mahu digunakannya untuk menghalau monyet di sekitar rumah akhirnya meletup dalam genggamannya.
Akibat kejadian itu mangsa, Yahya Ngah, 64 tahun hilang sebahagian jari tangan kanannya.
Terdahulu beberapa ekor monyet membuat bising dan berkeliaran di belakang rumahnya di Kampung Ayer Paabas, yang menyebabkan Yahya segera mahu membaling mercun bola berkenaan.
Namun mercun itu tersangkut pada tangannya kemudian meletup.
“Tiba-tiba saya terdengar letupan, menjenguk ke luar dan dapati suami terbaring di atas tanah dalam keadaan tangan berdarah.
“Suami kemudiannya bangun dan berlari masuk ke dalam rumah sebelum rebah di atas lantai. Suami mengatakan mercun terbabit meletup dalam genggamannya,” kata isterinya, Fatimah Mohd Ghani. -Siakapkeli.my