Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo Kini Bukan Lagi Seorang Datuk Seri

23 Okt 2015
No Comment


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini telah menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk Seri' daripada bekas Menteri Besar Dr Mohammad Khir Toyo.

Memetik laporan Malaysiakini, perkara ini disampaikan oleh Setiausaha kerajaan negeri merangkap pendaftar kerajaan negeri Selangor Datuk Khusrin Munawi di mana beliau berkata perkara itu diputuskan setelah perundingan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dengan Dewan di-Raja Selangor.

"Keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) Kelas Pertama pada 2001 kepada Dr Khir ditarik balik berkuatkuasa 30 September 2015," katanya dalam satu kenyataan media.

Tindakan penarikan balik darjah kebesaran ini adalah susulan hukuman penjara 12 bulan yang dikenakan kepadanya selepas disabitkan bersalah kerana menyalahgunakan kuasa pada 2007.

Sebelum ini, pada Januari 2011, gelarannya itu digantung selepas didakwa pada 6 Disember, 2010 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan atas kesalahan menerima rasuah dalam bentuk dua plot tanah di Seksyen 7, Shah Alam. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "