Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bajet 2016: Hasil Kutipan GST Dijangka Akan mencecah RM27 Bilion Untuk Tahun 2015

23 Okt 2015
No Comment

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan sebntar tadi bahawa kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dijangka mencecah RM27 bilion bagi tahun penuh 2015 berbanding unjuran asal RM21.7 bilion.

Memetik laporan Astro Awani, menurut beliau, angka ini adalah berdasarkan laporan ekonomi 2015/2016, Ia susulan pematuhan lebih banyak syarikat terhadap regim cukai berkenaan.

Manakal bagi tahun 2016 pula, kutipan cukai GST dijangka akan mencecah RM39 bilion dengan sumbangan 17.3 peratus kepada hasil Kerajaan Persekutuan.

Menurut beliau, peningkatan ini membolehkan kerajaan mempelbagaikan sumber pendapatan berbanding kebergantungan kepada hasil petroleum.

Untuk unjuran tahun 2015 sumbangan pendapatan kerajaan hasil berkaitan petroleum dijangka mencecah 3.8 peratus kepada pendapatan kerajaan berbanding 6.9 peratus tahun lepas.

GST turut dijangka menjadi pemacu pertumbuhan kutipan utama kepada cukai tidak langsung bernilai RM53.3 bilion.

Antara komponen lain cukai tidak langsung termasuk duti eksais. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "