Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penduduk Berang Pelancong Bergambar Sambil Memegang Kemaluan Kanak-Kanak

23 Okt 2015
No Comment

Semporna: Belum pun reda gambar pelancong bergambar bogel di pantai Pulau Sibuan, kini timbul lagi satu isu apabila tersebar sekeping gambar pelancong asing bergambar sambil memegang kemaluan dua orang budak tempatan.

Gambar yang tersebar luas di media sosial ini membuatkan penduduk kampung sekitar daerah ini berang kerana menganggap perbuatan ini adalah tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun pihak polis dikatakan telah menjalankan siasatan mengenai kejadian berkenaan untuk menentukan di mana dan bila ia dirakamkan.

Berdasarkan gambar, kanak-kanak berkenaan dianggarkan berusia dalam lingkungan dua hingga tiga tahun.

Baca: Polis Siasat Dakwaan Isu Pelancong Bogel di Pulau Sibuan

Baca: Seorang Penyelam China Ditahan Polis Sabah Selepas Gambar Bogel Di Pulau Tersebar

Sebelum ini tersebar beberapa keping gambar yang menunjukkan sekumpulan pelancong Asia bergambar dengan bertelanjang beramai-ramai di pantai pulau sibuan juga menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tempatan.

Terdahulu, polis menahan beberapa pelancong warga asing yang berbogel di puncak Gunung Kinabalu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "