Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Saya Takut Nak Keluar Rumah, Mereka Pukul Saya Macam Samseng - Mangsa

23 Okt 2015
One Comment


Kota Bharu:“Saya tak salah dalam hal itu, sebaliknya menjadi mangsa keadaan. Namun mereka menyerang saya seperti samseng.

“Disebabkan kejadian itu saya takut untuk keluar rumah dan trauma hingga kini,” itulah kata-kata yang keluar daripada mulut seorang gadis yang dipukul dengan kejam oleh dua orang gadis lain yang menjadi viral di laman sosial beberapa hari lalu.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa dikenali sebagai Nila, 22, memberitahu dia bukan sahaja dibelasah dengan teruk, tetapi turut dimalukan dengan rakaman video.

Semua ini terjdi gara-gara salah faham serta didakwa menjalin hubungan sulit dengan teman lelaki pelaku serta suami orang.

Baca: Belasah Wanita : Dua Perakam Direman, Mangsa Dikatakan Turut Dipukul Dengan Stereng Lock

Kejadian yang dipercayai berlaku di Wakaf Mek Zainab pada15 Oktober lalu menyebabkan tiga wanita berusia 20-an ditahan polis sehingga semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Menurut mangsa lagi, dia tidak terdaya melawan kerana kesorangan selain dikelilingi rakan-rakan wanita terbabit.

Walaupun teruk dibelasah, ibu anak satu itu bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan teruk, sebaliknya menerima rawatan pesakit luar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.

“Kes dalam perhatian pihak berkuasa dan saya tidak mahu mengulas lanjut. Saya menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menyiasat dan bersyukur mereka ditahan.

“Saya berharap mendapat pembelaan sewajarnya kerana yakin tidak bersalah dalam hal ini. Semua yang terjadi akibat rasa tidak puas hati dan salah faham,” katanya.

Baca: Tiga Wanita Bergaduh Direman Pihak Polis

Beliau juga turut memberitahu, sebelum itu pada 13 Oktober dia telah pun dipukul oleh wanita berkenaan kerana tidak berpuas hati tetapi tidak ada yang merakam semasa kejadian.

“Kerana masih tidak puas hati, dia mencari saya lagi ketika saya ke Wakaf Mek Zainab untuk ke rumah rakan. Ketika itu saya menunggu di dalam kereta dan secara tiba-tiba diheret keluar.

“Mereka pukul saya dengan teruk dan merakam kejadian yang berlaku jam 7 pagi. Saya tak tahu apa yang dia dendam sangat kerana tidak mempunyai hubungan dengan teman lelakinya seperti didakwa.

“Saya juga tidak tahu-menahu mengenai barang kemas yang didakwanya dalam milikan saya. Dia sebenarnya mencari seorang rakan saya di Kuala Terengganu kerana masalah antara mereka,” katanya, lapor Harian Metro. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Aku tak sangka di negeri 'serambi Mekah' ada benda benda macam ni,dgn auratnya,dgn akhlaknya...astaghfirullahalazim....

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "