Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bajet 2016: Pengguna Prabayar Akan Terima Rebat Bersama Amaun GST Yang Dibayar Sebelum Ini

23 Okt 2015
No Comment


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan di dalam Belanjawan 2016 bahawa pengguna prabayar akan menerima kembali rebat bersamaan dengan amaun Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang telah dibayar mereka sebelum ini.

Perdana Menteri mengatakan amaun berkenaan akan dikreditkan semula secara automatik kepada pengguna bermula daripada 1 Januari 2016 hingga Disember 2016 kelak.

Sebelum ini bermula 1 April lalu kerajaan telah melaksanakan GST di mana menyaksikan harga tambah nilai prabayar turut mengalami kenaikan sebanyak 6 peratus.

Baca: Harga Kad Prabayar Akan kembali Seperti Biasa

Bagaimanapun pada 19 Oktober lalu, pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengeluarkan kenyataan mengenai harga baru kad tambah nilai prabayar telefon bimbit di mana harga akan kembali seperti sebelum perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 November ini.  - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "