Berbuat baik sesama makhluk adalah sesuatu yang amat dituntut dalam agama Islam tidak kiralah sesama manusia ataupun haiwan.
Tersebar sebuah video hari ini kisah seorang wanita yang menangis mempertahankan anjing liar yang 'dijaganya' daripada ditangkap selepas pihak berkuasa menerima laporan tentang kehadiran anjing liar di kawasan tersebut.
Menurut wanita itu, walaupun dia beragama Islam itu tidak menghalang dia memberi makan kepada anjing berkenaan yang berada di ruang belakang rumahnya kerana kehadiran anjing tersebut sedikit sebanyak membantu mengelakkan dari berlakunya kes kecurian di kawasan tersebut.
Bagaimanapun menurutnya kerana sikap seorang jirannya yang pernah meracun kucing dan anjing kawasan berkenaan membuat laporan, anjing tersebut akhirnya ditangkap.
Berikut adalah kapsyen beliau di laman Facebooknya.
Hari ni benda yg paling aku takut, jadi depan mata sendiri. Ya Allah..tolong..lemah dah semangat aku ni.. Ya Allah..memang tak kuat.. (Maaf, tak ada niat nak burukkan melayu, aku mintak maaf dengan org melayu yg terasa sebab aku ikut perasaan sgt. Pasal pakcik tua tu, aku dah lama sgt pendam rasa marah dgn dia since kes dia racun anjing n kucing kat taman aku ni.Buatkan aku lagi marah, bila aku dah usaha merayu dog catcher ni lepaskan puppy ni, dah nekad aku taknak lepaskan anak anjing ni tadi, tiba2 pakcik tua tu keluar rumah terus paksa dog catcher ni angkut je puppy ni. Sia2kan usaha aku)
Untuk my few indian neighbours tadi, thank you aunty sebab faham. Thanks sebab faham bila ada anjing2 ni berkawal belakang rumah, kes pencuri pun kurang. Maaf sebab bangsa sy tak faham kebaikan haiwan ni, just nampak keburukan yg sebenarnya bukan keburukan pun.
Tadi pegawai meLAYU tu tanya awak ni melayu ke? Kenapa?? Melayu memang diharamkan buat baik dgn makhluk Allah ni ke?? ok, kalau buat baik dengan makhluk Allah ni dikatakan sesat melayu, aku sanggup sesat sampai bila2! Kau, jiran. Kau bertanggungjawab 100% atas kematian puppy ni kalau betul puppy ni dibunuh nanti. Aku sendiri akan jadi saksi utk puppy ni kat sana nanti. Amin!
Hari ni benda yg paling aku takut, jadi depan mata sendiri. Ya Allah..tolong..lemah dah semangat aku ni.. Ya Allah..memang tak kuat.. (Maaf, tak ada niat nak burukkan melayu, aku mintak maaf dengan org melayu yg terasa sebab aku ikut perasaan sgt. Pasal pakcik tua tu, aku dah lama sgt pendam rasa marah dgn dia since kes dia racun anjing n kucing kat taman aku ni.Buatkan aku lagi marah, bila aku dah usaha merayu dog catcher ni lepaskan puppy ni, dah nekad aku taknak lepaskan anak anjing ni tadi, tiba2 pakcik tua tu keluar rumah terus paksa dog catcher ni angkut je puppy ni. Sia2kan usaha aku)Untuk my few indian neighbours tadi, thank you aunty sebab faham. Thanks sebab faham bila ada anjing2 ni berkawal belakang rumah, kes pencuri pun kurang. Maaf sebab bangsa sy tak faham kebaikan haiwan ni, just nampak keburukan yg sebenarnya bukan keburukan pun. Tadi pegawai meLAYU tu tanya awak ni melayu ke? Kenapa?? Melayu memang diharamkan buat baik dgn makhluk Allah ni ke?? ok, kalau buat baik dengan makhluk Allah ni dikatakan sesat melayu, aku sanggup sesat sampai bila2! Kau, jiran. Kau bertanggungjawab 100% atas kematian puppy ni kalau betul puppy ni dibunuh nanti. Aku sendiri akan jadi saksi utk puppy ni kat sana nanti. Amin!
Posted by Cik Putri on Wednesday, September 9, 2015
Budak-budak kecil yang melalui kawasan tersebut pasti takut dengan kehadiran anjing-anjing liar ini walaupun ia tidak mencederakan sesiapa lagi. - Siakapkeli.my