Mahu Buat Kejutan Untuk Teman Wanita, Tapi Dia Pula Dikejutkan Dengan Kisah Teman Wanita Curang
Ramai di antara kita terpaksa bercinta jarak jauh kerana beberapa faktor, lebih-lebih lagi jika pasangan berkenaan melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Kami petik satu kisah yang dikongsi oleh seorang pengguna Instagram yang menggunakan nama Afifkony, tentang kisah sedih yang menimpa sahabatnya.
Dikenali sebagai Imran Zaki, lelaki ini pada mulanya ingin membuat kejutan kepada teman wanitanya yang sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom.
Sebaik sahaja dia menamatkan pelajarannya di salah sebuah universiti di Kanada, Imran mahu berjumpa dengan teman wanitanya sebelum pulang ke Malaysia.
Segala persiapan telah dilakukan, termasuk membeli barangan kesukaan wanita itu. Semuanya dilakukan kerana perasaan sayang dan rindu, apatah lagi setelah beberapa lama berjauhan.
Ibarat pepatah langit tak selalunya cerah, Imran terkejut apabila mendapati wanita berkenaan mempunyai hubungan dengan lelaki lain. -Siakapkeli.my
Dipetik dari OhBulan.