Sedang viral di laman sosial pada masa kini adalah satu video yang memaparkan aksi seorang lelaki yang sedang melakukan aktiviti skydiving sambil menyelesaikan permainan kiub rubik.
Lelaki berkenaan, Chris Walker berjaya menyelesaikan permainan berkenaan dalam tempoh masa 60 saat ketika dirinya sedang di awangan, sebelum menarik keluar payung terjunnya.
Ia semestinya sangat menarik kerana kebiasaannya orang akan mengambil masa yang agak panjang untuk menyelesaikan permainan kiub rubik itu.
Chris mampu membuktikan kecekapannya dalam keadaan yang berbeza daripada biasa! -Siakapkeli.my