Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Syed Aiman Nafi Lafaz Cerai, Linda Hadir Ke Mahkamah Serah Borang Sah Cerai

11 Sep 2015
No Comment

Nampaknya kisah rumah tangga pelakon dan penyanyi Linda Rafar dan suaminya, Syed Aiman menjadi lebih rumit apabila dikatakan Syed Aiman telah tampil menafikan dia telah melafazkan cerai terhadapa isterinya itu.

Syed Aiman memberitahu dia masih menyayangi ieterinya itu  serta anak-anak dan mahu Linda terus kekal bersamanya.

Bagaimanapun Linda pada awal pagi tadi telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor bagi menyerahkan borang pengesahan lafaz cerai.

BACA: Rumah Tangga Linda Rafar dan Syed Aiman Bermasalah, Sudah Lafaz Cerai

Memetik laporan mStar Online, Linda berkata dia kini masih trauma dan hadir ke mahkamah berkenaan ditemani tiga orang rakannya ketika tiba di kaunter pejabat pendaftar mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Permohonan dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Linda yang merupakan bekas anggota kumpulan Elite ini berharap suaminya, Syed Aiman akan bertanggungjawab dan tidak berterusan menafikan lafaz cerai yang telah diucapkan.

Saya cuma minta satu iaitu dia (Syed Aiman) bertanggungjawab dengan perbuatannya dan buang ego.

“Saya fobia dengan apa yang berlaku tetapi anak-anak kekuatan saya dan ini adalah dugaan daripada Allah,” katanya.


Beliau yang sedang hamil tiga bulan mengakui redha dengan apa yang telah berlaku dan akan terus kuat demi masa depan  anak-anak termasuk anak dalam kandungannya.

Terdahulu, Linda sepatutnya hadir ke mahkamah pada Rabu lalu namun gagal berbuat demikian berikutan mengalami demam panas.

Sebelum ini Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar, 37, mendakwa suaminya telah melafazkan cerai terhadapnya di kediaman mereka kira-kira pukul 7.30 pagi Selasa lalu dengan bersaksikan ibu dan anaknya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "