KLUANG: Pihak polis Johor telah berjaya menahan seorang lelaki yang didapati memuatnaik status di laman sosial menghina mendiang Inspektor Margaret Tagum Goen yang meninggal dunia semalam selepas wanita berkenaan maut di hospital kerana dirempuh mat rempit dalam satu operasi di si sini.
Perkata ini disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitter, 10.50 malam tadi.
Lelaki berkenaan berjaya dikesan telah menghina mendiang Inspektor Margaret Tagum Goen dan ditahan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, Johor, malam tadi.
Status Khalid berbunyi `Syabas JSJ @PDRMsia Kluang yang berjaya t'kap orang yang menghina Mendiang Insp Margaret -Trafik Kluang Sebentar tadi.’
Syabas JSJ @PDRMsia Kluang yg berjaya t'kap org yg menghina Mendiang Insp Margaret - Trafik Kluang sebentar tadi pic.twitter.com/ifoSG3Fwsq
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) September 6, 2015
Khalid dalam pada itu mengumumkan pemberian pangkat Asisten Superintendan Polis (ASP) secara 'Posthumous' kepada Inspektor Margaret Tagum Anak Goen.Berita kematian Magaret semalam mendapat perhatian ramai selepas berita mengenai pemergiannya dilaporkan oleh pihak media dan meninggal ketika dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang, pada 12.45 tengah hari semalam.
Mendiang telah dikejarkan je Hospital berkenaan selepas dirempuh oleh mat rempit dalam Ops Roda/Rempit di KM58, Jalan Batu Pahat-Mersing, Johor.
Beliau dilaporkan kritikal akibat patah tangan kiri, tulang pinggul dan kaki selain pendarahan dalaman di perut sebelum disahkan meninggal dunia. - Siakapkeli.my