Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

KPN Rayu Henti Sebar Khabar Angin Tentang Kehilangan Kevin

7 Sep 2015



Orang ramai digesa tidak menyebarkan berita palsu tentang kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, demikian menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Tegasnya ini akan membuatkan segelintir pihak terkeliru. 
 
"PDRM (Polis Diraja Malaysia) nasihatkan; hentikanlah menyebar khabar angin seperti di bawah yang mengelirukan orang ramai," katanya menerusi laman twitter rasminya.

Gesaan itu dibuat merujuk kepada twit seorang pengguna laman mikro berkenaan yang mendakwa bahawa sebuah kereta yang ditemui di Hutan Melintang, Perak pagi semalam adalah milik Kevin Morais, selain pengguna akuan tersebut turut memuat naik tiga keping gambar kereta yang didakwanya milik Kevin.
 
Kevin sebelum ini didakwa terlibat dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Baru-baru ini polis menemui sebuah kereta yang telah terbakar dalam ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Samak di Hutan Melintang.
 
Bagaimanapun pihak berkuasa itu masih menunggu laporan pakar untuk mengesahkan model kereta berkenaan selain tiada mangsa ditemui dalam kereta berkenaan.

Kevin sebelum ini dilaporkan hilang dan beliu dilihat kali terakhir pada Jumaat lalu di pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur sebelum ke pejabatnya di Putrajaya.
 
Beliau dilapor memandu kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q. -Siakapkeli.my
 
 
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "