Sumbangan Politik Dalam Akaun PM Tidak Pernah Diumumkan Kepada MT UMNO Atau UMNO Negeri – Shahrir Samad
Pihak Majlis Tertinggi UMNO tidak pernah mengetahui dan dimaklumkan tentang sebarang derma ataupun sumbangan politik kepada akaun “trustee” Presiden atau Bendahari parti.
Perkara ini dinyatakan oleh Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang pernah menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir.
Beliau menyatakan bahawa Majlis Tertinggi UMNO dan juga Badan Perhubungan UMNO Negeri tidak pernah dimaklumkan apa-apa sumbangan dan derma politik yang diperolehi oleh Presiden atau bendahari parti.
“Selama saya duduk dalam MT UMNO dan Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Johor, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli MT dan Perhubungan Negeri.”
“Selain daripada harta dan sumber pendapatan sedia ada, parti mempunyai kepercayaan kepada Presiden, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Bendahari untuk mencari sumber kewangan bagi membiayai aktiviti politik dan pilihan raya.” katanya dipetik dari portal berita Pro Umno, MyKMU.
Shahrir berkata demikian dalam satu perbualan whatsapp sebagai respon kepada beberapa pihak yang mempersoalkan sama ada dan politik RM 2.6 B tersebut dimaklumkan kepada MT. - Siakapkeli.my