#MH370 : Perancis Hantar Pasukan Maritim dan Udara Cari Bangkai MH370
KUALA LUMPUR: Pasukan maritim dan udara akan dihantar oleh Perancis ke Pulau Reunion bermula hari ini bagi mencari bangkai pesawat MH370.
Kementerian Pertahanan, Pengangkutan dan Luar Perancis dalam satu kenyataan menyebut tindakan itu susulan dari permintaan dari Presiden dan Perdana Menteri Perancis berdasarkan keperluan tersebut.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan flaperon yang ditemui di Reunion sah milik MH370 dalam satu sidang media pada Khamis - Siapakeli.my