Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Siasatan Terhadap Justo Selesai, Hadapi Tuduhan Memeras Ugut

6 Ogo 2015
No Comment


BANGKOK - Siasatan terhadap bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo telah selesai dan dia kini menghadapi tuduhan memeras ugut bekas majikannya.

Memetik laporan dari Bernama, pihak polis Thailand berkata kini terpulang kepada pihak pendakwa untuk mendakwanya memandangkan siasatan polis sudah selesai.

"Justo hanya menghadapi satu tuduhan - memeras ugut bekas majikannya. Kesalahan itu dilakukan di Thailand, dan tuduhan itu adalah lebih berat daripada ugutan," kata Kol Kornchai Klayklueng, Timbalan Komander Bahagian Pembanterasan Jenayah di dalam laporan terbabit.

Tambah Kornchai lagi, kes itu dikemukakan oleh pendakwa pada pagi tadi tetapi dia tidak tahu bila kes itu akan difailkan di mahkamah. Menurutnya juga, siasatan terhadap Justo dilakukan sepenuhnya oleh polis Thailand tanpa campur tangan dari pihak luar.

Justo mengaku dia telah memeras ugut bekas majikannya tetapi menafikan dakwaan dia cuba mengubah dokumen digital yang diperoleh dan memberikannya kepada dua pihak yang mana salah seorangnya adalah pemilik The Edge Media Group, Tong Kooi Ong.

Sebelum ini, pihak polis Malaysia juga turut mahu menjalankan soal siasat terhadap Justo tetapi tidak dibenarkan oleh Polis Thailand. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "