Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

IS Bakal Bunuh 19 Orang Wanita Kerana Enggan Lakukan Hubungan Seks Dengan Militan

7 Ogo 2015
No Comment


BAGHDAD: Hanya kerana menolak untuk melakukan hubungan seks dengan beberapa jemaah lelaki, Militan IS dikatakan telah membunuh 19 orang wanita berkenaan.

Perkara ini telah didedahkan oleh seorang pegawai Kurdish tempatan, Said Mimousini kepada stesen televisyen Iraqi News wanita-wanita berkenaan telah dibunuh dengan kejam.

Sebelum dibunuh, mereka telah dikuruang terlebih dahulu di Mosul sebelum mereka dihukum mati tanpa perbicaraan sejak beberapa hari lalu.

“Pelaksanaan hukuman mati itu dijatuhkan setelah wanita berkenaan menolak berhubungan seks dengan anggota IS,” ujar Said yang juga adalah jurucakap Parti Demokratik Kurdish ketika ditemuramah stesen tempatan tersebut.

Menurut Said, lebih teruk apabila ada anggota IS dari pelbagai negara telah berselisih faham hanay kerana berebutkan perempuan tawanan untuk ditiduri selepas berjuang di medan perang.

Beliau juga menceritakan terdapat ribuan wanita yang ditangkap dari pelbagai kampung yang mereka tawan sebelum wanita-wanita berkenaan dijual atau dijadikan hadiah sebagai ganjaran.

Kebanyakkan wanita yang ditangkap berumur dalam lingkungan 20-an daripada etnik minoriti Yazidi, kelompok masyarakat asli yang tinggal di pedalaman wilayah utara Iraq dan masih lagi hidup dengan kepercayaan agama kuno. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "