Pembersih Pantai Dan Penduduk Dakwa Pernah Terjumpa Kerusi Pesawat Dan Beg Pakaian Tiga Bulan Lalu
PULAU REUNION: Selepas tersebar berita tentang penemuan serpihan pesawat Boeing 777 yang dikaitkan dengan kehilangan MH370 telah tampil beberapa individu mendakwa mereka telah menjumpai kerusi dan beg pakaian tiga bulan lalu.
Kerusi pesawat telah dijumpai oleh seorang pembersih pantai di Pulau Reunion berkenaan,Nicolas Ferrier, di mana dia memberitahu menjumpai sebuah kerusi bewarna biru ketika sedang membersihkan kawasan pantai.
Menurutnya dia tidak mengesyaki apa-apa dan menganggap ia hanyalah sampah yang hari-hari dijumpainya.
"Saya tidak menyedari kepentingan mengenai kerusi tersebut hinggalah pada hari Rabu lalu menyedarkan saya."
"Ia merupakan sebahagian daripada rutin seharian saya untuk membersihkan kawasan pantai ini." katanya kepada The Telegraph.
Selepas menjumpai kerusi berkenaan dia tidak menceritakan kepada sesiapa kecuali isterinya sehingga terlihat berita di kava tv tentang penemuan fleperon pada Rabu itu membuatkannya tampil mendedahkan perkara berkenaan.
"Saya tidak tahu langsung apa signifikannya penemuan objek (kerusi) itu. Banyak barang serta objek lain yang terdampar di kawasan ini, tiada siapa yang berani untuk masuk ke kawasan yang berombak kuat dan penuh dengan ikan jerung itu," katanya.
Selain menjumpai kerusi berkenaan, Ferrier turut menjumpai beg pakaian yang dihanyutkan ombak ke pantai dan wartawan bertanya apa yang dilakukannya apabila menjumpai beg pakaian tersebut.
"Saya membakarnya. Itulah kerja saya, pungut sampah dan kemudian membakarnya," jawabnya
Dia juga mendakwa pernah menjumpai objek yang didakwa menyerupai sama seperti fleperon yang dijumpai Rabu lalu itu terdampar di pantai tersebut.
"Sama seperti kerusi itu, saya tidak tahu apakah ia.
"Saya duduk atasnya serta gunakannya sebagai meja. Saya tidak menyedari hal itu hingga saya melihat berita mengenai penemuan objek berkenaan," ceritanya lagi.
Selain Ferrier yang tampil, seorang penduduk tempatan bernama Isabelle juga telah tampil memberitahu bahawa pernah menjumpai objek sama ketika berjalan di tepi pantai bersama anak lelakinya pada mei lalu.
"Ketika itu baru permulaan cuti, sekitar 10 Mei.
"Saya sedang berjalan dengan anak saya, Krishna. Kemudian dari tempat kami berdiri, dia (Krishna) ternampak satu objek dan menjerit.
" Ibu lihat! Ia kelihat seperti sayap kapal terbang," jerit Krisha katanya.
Menurutnya, anak lelakinya itu berlari menghampiri sebuah objek yang keliahtan seperti beg pakaian yang tertimbus pasir dan mereka membuka beg berkenaan.
Tetapi kerana keadaan ombak yang semakin bergeloran dan kuat memaksa mereka beredar dari tempat berkenaan.
Mereka pulang ke rumah dan tidak terfikir ia mungkin kaitan dengan MH370 sehingga penemuan fleperon Boeing 777 itu pada Rabu lalu keluar di tv.
Dari perkembangan terbaru dikatakan sebuah objek yang dipercayai pintu pesawat telah ditemui di satu lokasi yang berbeza dengan tempat penemuan fleperon pada Rabu di pulau berkenaan.
Ia dijumpai berdekatan lapangan terbang di Saint Andre. - Siakapkeli.my