HULU SELANGOR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menyembalikan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan yang ada sekarang demi memastikan parti berkenaan terus memerintah pada penggal yang akan datang.
Untuk itu, Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin bahawa parti yang dipimpinnya itu mempunyai cukup masa untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada mereka sebelum piliha raya umum yang akan datang.
"Kita ada masa lagi. Persiapan yang kita buat jangan la syok sendiri. Salah satu risiko yang perlu kita hadapi ialah risiko persepsi dan juga realiti. Hari ini persepsi lebih besar daripada realiti.
"Pembangkang perlu buktikan realiti, dia cuma bentukkan persepsi sahaja.Kita perlu fikir bagaimana strategi kita berdepan dengan serangan alam maya ini supaya kedudukan kita ini bertambah lebih baik.
"Kita juga maukan supaya parti kita membuat persiapan," katanya.
Najib di dalam ucapannya juga memberitahu dia pernah ditipu melalui program bersama rayat sebelum ini.
"Saya pernah ditipu. Ada program yang saya hadiri, 30,000 orang datang. Saya punya la seronok. Rupa-rupanya habiskan beras saja. Habis tak jadi apa, jadi setiap program yang hendak dijalankan harus diperhalusi dan diperkemas," tambah beliau. - Siakapkeli.my