SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman memberi cadangan agar sidang parlimen tergempar diadakan bagi membuat pindaan ke atas Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Azalina turut menggesa pindaan dibuat ke atas undang-undang mlibatkan akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
“Pindaan-pindaan ini perlu dilaksanakan kerana pembohongan-pembohongan yang berlaku meracuni pemikiran rakyat sehingga menimbulkan persepsi negatif kepada kerajaan,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu, Datuk Seri Salleh Said Keruak menggesa kerajaan untuk mengkaji semula Akta Komunikasi dan Multimedia dalam negara.
Menurut beliau, ini kerana penggunaan internet dan media sosial digunakan secara meluas dan tanpa mengikut undang-undang - Siakapkeli.my
Bacaan
Hangat
Terkini
Viral