Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nilai RM Sedikit Pulih, Catat 3.9900 bagi AS$1

13 Ogo 2015


KUALA LUMPUR: Nilai Ringgit Malaysia sedikit pulih pada pagi ini apabila ia disebut pada harga 3.9900/9970 berbanding dolar AS daripada 4.0375/0415 selepas penutupan semalam.

Situasi itu sedikit berbeza sejak beberapa hari ini yang mencatatkan nilai ringgit semakin menurun.

Menerusi satu nota penyelidikan yang dilakukan oleh Standard Chartered Bank Malaysia, keadaan itu disebabkan oleh pertumbuhan suku kedua yang mungkin sederhana, namun ekonomi kekal berdaya tahan, demikian memetik Antarapos.

Permintaan luaran yang tinggi terhadap sektor pembuatan dan perlombongan akan menjadikan keadaan lebih kukuh.

Bukan itu sahaja Ringgit juga dilihat agak tinggi berbanding mata wang utama lain, dimana naik sikit berbanding dolar Singapura kepada 2.8524/8595 dan naik berbanding yen kepada 3.2097/2159.

Ringgit juga naik berbanding pound sterling kepada 6.2320/2445 daripada 6.2876/2950 dan naik berbanding euro kepada 4.4512/4603. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "