Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ismail Sabri Pertahan Low Yat 2 Tiada Kena-Mengena Dengan Isu Perkauman

13 Ogo 2015


KUALA LUMPUR: Tiada langsung wujud isu perkauman dalam cadangan membina 'Low Yat 2' di Majlis Amana Rakyat (MARA) kelak, demikian tegas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Malah katanya, cadangan plaza baru yang hanya memberi peluang kepada peniaga Melayu sahaja itu juga tidak ada kaitan dengan kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat, Bukit Bintang pada bulan lalu.

Ismail dalam pada itu menambah plaza baru itu tidak akan dinamakan 'Low Yat 2', sebaliknya hanya menyebut sedemikian supaya mudah digambarkan oleh masyarakat.

"Jika saya hanya sebut kita mahu buka tempat telekomunikasi untuk usahawan, mereka tidak boleh menggambarkannya.

"Tujuan menyebut Low Yat adalah untuk mereka menggambarkan apa yang kita akan buat," katanya memetik Malaysiakini.

Sebelum ini MCA menyelar cadangan pembinaan plaza menjual barangan elektronik kedua itu yang hanya membenarkan peniaga Melayu sahaja dengan menyifatkan ia akan membuka lebih ruang kepada diskriminasi sesuatu kaum. -Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "