Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Uzbekistan Airways Mahu Elak Penumpang Obese Naik Pesawat Pada Waktu Puncak

13 Ogo 2015


Uzbekistan Airways mencetuskan kontroversi dalam perkhidmatan penerbangan dunia apabila mengumumkan mahu menimbang berat penumpangnya sebelum dibenarkan menaiki pesawat.

Selain jaminan tidak akan mendedahkan berat badan setiap penumpangnya, syarikat penerbangan itu juga mahu 'mengecualikan' penumpang yang beratnya melebihi had untuk menaiki penerbangan di waktu puncak, lebih-lebih lagi apabila menggunakan pesawat kecil.

"Syarikat penerbangan Uzbekistan Airways menjalankan prosedur pra-penerbangan dengan menimbang berat bagi menentukan purata berat penumpang dengan bagasi mereka.

"Menurut undang-undang Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa, syarikat penerbangan wajib untuk menjalankan prosedur kawalan pra-penerbangan seperti menimbang berat penumpang bersama bagasi mereka bagi mematuhi keperluan untuk memastikan keselamatan penerbangan.

"Selepas melakukan daftar masuk bagi penerbangan dan sebelum menaiki pesawat, kami akan meminta anda untuk melepasi prosedur menimbang berat menerusi mesin khas penimbang yang ditempatkan di pintu pelepasan.

"Rekod berat itu hanya akan mengandungi kategori penumpang iaitu lelaki, wanita atau kanak-kanak. Manakala butiran lain akan dirahsiakan sepenuhnya.

"Kami menghargai kerjasama anda dan mengucapkan terima kasih kerana membantu dalam melengkapkan tugas kami demi keselamatan penerbangan," demikian memetik kenyataan media syarikat penerbangan berkenaan. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "