Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mahu Ubah Pandangan Masyarakat, Wanita Ikut Marathon Tanpa Pakai Tuala Wanita

10 Ogo 2015



LONDON: Hanya kerana mahu mengubah persepsi masyarakat, terutamanya kaum lelaki terhadap masalah haid yang dialami wanita, Kiran Gandhi mengambil keputusan menyertai marathon tanpa memakai tuala wanita.

Dia yang ketika itu sedang 'datang bulan' berlari bersama peserta lain sepanjang 26 batu mahu kaum wanita berbangga dengan keistimewaan yang dimiliki mereka.

“Saya berlari dengan darah mengalir dan menitik di kaki. Ia adalah untuk kaum wanita yang tidak mempunyai akses kepada tuala wanita dan wanita, yang meskipun mengalami kesakitan akibat sengugut, tetapi terpaksa menyembunyikannya serta berpura-pura ia tidak berlaku,’’ katanya.

Kiran, bekas pelajar Harvard Business School kemudiannya memaklumkan dirinya berasa lebih bertenaga selepas menamatkan marathon dengan catatan mada empat jam, 49 minit dan 11 saat. Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "