KUALA LUMPUR: Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob tidak akan dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagaimana yang diarahkan minggu lalu.
Keputusan berkenaan itu dibuat selepas mesyuarat di antara SPRM, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zabidi Zainal diadakan di Putrajaya pada pagi tadi, demikian yang dilaporkan mStar.
Sebelum ini Bahri dan Rohaizad diarahkan serta-merta bertukar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Jumaat lalu.
Ia rentetan siasatan suruhanjaya berkenaan ke atas isu 1Malaysia Development Berhad yang membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. -Siakapkeli.my
Bacaan
Hangat
Terkini
Viral