Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kucing ini Seekor Kucing Biasa ,Tapi Ia Juga 'Seorang' Pelajar di Sebuah Sekolah

21 Ogo 2015
No Comment

Jika dulu kami ada menulis tentang kucing yang bekerja sebagai pengawal bank dan juga penjaga stesen keretapi, kini timbul pula cerita seekor kucing di California yang menjadi 'seorang' pelajar di sebuah sekolah menengah di California.

Bubba, seekor kucing dari San Jose California, tinggal bersama tuannya, Amber Marienthal di sebuah rumah berdekatan Leland High School dan Bret Harte Middle School.


Amber berkata dia mengambil Bubba sebagai kucing peliharaan pada tahun 2009. Namun Amber mula menyedari Bubba tidak suka duduk terperap di dalam rumah apabila di mula mengiau dengan kuat apabila berada di dalam rumah. Sejak dari itu Amber membiarkan sahaja Bubba keluar masuk dari rumahnya.


Disebabkan itu, Bubba banyak menghabiskan masanya diluar rumah, melepak di Leland High School atau Bret Harte Middle School sehingga menjadikan dia popular di kedua-dua sekolah tersebut.


Bubba dibenarkan berlegar-legar di kawasan sekolah termasuklah di lorong sekolah dan di bilik darjah. Apabila mahu memasuki atau keluar dari bilik darjah, Bubba akan mengiau dan pintu akan dibuka.


Selain dari bilik darjah, Bubba juga seringkali dilihat berada di atas padang ketika pelajar-pelajar lain sedang melakukan aktiviti riadah.

Bubba biasanya akan pulang semula ke rumah apabila tamat waktu sekolah dan aktiviti riadah selesai.

Pernah sekali Bubba terperangkap di dalam bilik darjah selama 36 jam tetapi 'ngauman' Bubba yang kuat menyelamatkannya dirinya apabila ia didengari oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas. Namun pengalaman Bubba itu tidak pernah sesekali membuatkan ia serik dari terus datang ke sekolah.



Kepopularan Bubba kini semakin terserlah apabila ia mempunyai Facebook pagenya sendiri dengan hampir enam ribu peminat. Amber berkata pelajar-pelajar pernah meminta satu tugu dibuat untuk Bubba namun permintaan mereka ditolak.

Bagaimanapun, pelajar-pelajar itu berjaya mendapatkan kad ID untuk Bubba. Lebih dari itu Bubba juga berjaya menyematkan namanya kedalam buku tahunan sekolah. - Siakapkeli.my





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "