Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kerajaan China Disaman Oleh Pelajar Kerana Kata Gay Adalah Sejenis Penyakit

22 Ogo 2015
No Comment

Kerana terjumpa petikan yang tertulis homoseksual adalah sejenis penyakit di dalam buku rujukan, pelajar-pelajar homoseksual dari sebuah universiti di wilayah Guandong, China telah tekad menyaman Kementerian Pelajaran di negara itu

Petikan itu telah dijumpai oleh seorang pelajar wanita yang membuat rujukan di perpustakaan universiti berkenaan selepas diakeliru dengan status seksualiti dirinya tetapi menjumpai ayat tersebut.

Beliau yang menggunakan nama samaran, Qiu Bai berasa amat terkejut selepas mendapati kandungan di dalam setiap buku rujukan di perpustakaan universiti itu mengkategorikan homoseksual sebagai sejenis penyakit mental.

Menurutnya difinisi tentang maksud perkataan homoseksual tersebut telah di keluarkan secara rasmi dari daftar senarai gangguan psikiatri atau masalah kesihatan jiwa di seluruh China berkuat kuasa pada tahun 2001 lalu.

Berdasarkan buku rujukan yang dijumpainya itu, 'penyakit' homoseksual dibenarkan pemakaian terapi seperti kaedah kejutan elektrik untuk mengubati penyakit berkenaan.

Menurut laporan media tempatan, akibat tiada tindakan sewajarnya diambil, Qiu Bai telah memfailkan saman kerana pihak kerajaan China dianggap sebagai tidak bertanggungjawab.

“Homoseksualiti itu sendiri sudah memberi tekanan yang hebat. Stigma tambahan daripada buku teks tersebut boleh memudaratkan lagi individu berkenaan sendiri.

“Kementerian Pelajaran sepatutya bertanggungjawab dalam memantau serta mengawasi isi kandungan setiap buku teks,” kata Qiu kepada pihak media. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "