Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Abdul Hamid Dedah 'Geng Hang Tuah', 'Si Kitul' Lindungi 1MDB

22 Ogo 2015

Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador berkata terdapat satu kumpulan sulit yang digelar Geng Hang Tuah yang cuba menutup isu 1MDB.

Abdul Hamid berkata demikian mengulas tentang kemunculan mesej WhatsApp palsu yang mendakwa beliau memfailkan aduan terhadap mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tambah beliau juga, geng tersebut menyebarkan berita palsu bahawa beliau akan mengadakan satu sidang media di Bukit Aman bagi mendedahkan penglibatan Dr. Mahathir dengan Sarawak Report berkenaan 1MDB demi menjatuhkan Najib Razak.

"Saya pasti mereka daripada kumpulan Hang Tuah yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat salah.

Beliau juga menggelar individu yang mengetuai kumpulan tersebut sebagai Si Kitul namun tidak mendedahkan indentitinya lagi. Menurut beliau, dia akan mendedahkan siapa sebenarnya Si Kitul tidak lama lagi.

"Saya akan dedahkan nama Si Kitul tak lama lagi," katanya memetik laporan MalaysiaKini.

Si Kitul adalah nama pengkhianat di zaman kerajaan melayu Melaka yang membocorkan rahsia kepada penjajah sehingga kerajaan Melayu itu runtuh.

Abdul Hamid berkata kumpulan tersebut mahu mengelakkanisu 1MDB dipersoal.

"Kumpulan ini cium tangan pun mahu demi melindungi kepentingan peribadi," katanya.

Abdul Hamid juga berkata beliau kini menerima banyak panggilan telefon dari pelbagai pihak yang menasihati beliau agar lebih berhati-hati. Menurut pihak tersebut, ada kelompok yang sudah "gelap mata" dan sanggup mengambil tindakan luar biasa terhadap beliau.

Saya pasrah. Saya hanya takutkan kemurkaan Allah. Saya tetap memegang kepada sumpah ikrar tamat latihan asas polis di Pulapol pada Mei 1980 dulu.

(Saya) sanggup mati untuk pertahankan kebenaran demi negara tercinta. Pada lambang polis tersemat pada topi polis itu ada tertera kalimah Allah (dan) Muhammad.

Itulah yang dijunjung oleh lebih 100 ribu warga PDRM selama ini. (Lagi pun) mati itu sekali saja.

Membunuh saya tidak akan dapat menutup jenayah yang dilakukan,” katanya lagi. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "